TERMA & SYARAT PEMBELIAN


TERMA & SYARAT PEMBELIAN ONLINE

* Para pelanggan yang dihormati dan dihargai, anda dinasihatkan memahami segala terma dan syarat pembelian sebelum membuat pesanan atau pembelian produk daripada kami. *

1. Kami mengamalkan konsep 'First Come First Serve'. Media elektronik yang digunapakai dalam transaksi jualan online ini diertikan adalah blog jualan ini, perbankan, no. sms dan whatsapp yang dinyatakan.

2. Produk yang dibeli tidak boleh dipulang semula kecuali produk tersebut rosak tertakluk kepada POLISI PEMULANGAAN*. Bagi tujuan pemulangan sila sms/whatsapp kepada kami  gambar produk yang rosak tersebut sebagai bukti.

Pastikan nama dan jenis produk serta kuantiti produk yang dipesan adalah betul. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas kesilapan nama dan jenis serta kuantiti produk yang disebabkan oleh kesilapan pelanggan semasa pembelian. Pembayaran hendaklah dijelaskan selaras dengan nama dan jenis produk serta kuantiti produk yang dipesan.

3. Produk yang telah dibeli tidak boleh dipulangkan wang kembali/refund kerana 'buy at your own risk', penggantian hanya ke atas produk yang rosak.

4. Sila buat SEMAKAN STOK melalui sms/whatsapp bagi pengesahan status kedapatan stok produk yang hendak ditempah/beli.

Sekiranya berlaku dimana ketiadaan stok produk selepas membuat pembayaran, kami memberi pilihan(opsyen) kepada pelanggan kami samada untuk :

1.      menunggu beberapa hari tempoh tertentu untuk stok baru,   ATAU

2.      membatalkan pembelian dan wang dikembalikan semula sama ada melalui Mesin Deposit Tunai (CDM) atau Transfer Online/ATM ke akaun pelanggan dalam masa 7 hari bekerja.

5. Tempahan/Booking dan pembayaran dibenarkan dalam tempoh 24 jam. Sekiranya pelanggan gagal membuat pembayaran dalam tempoh 24 jam produk tersebut akan dibuka untuk jualan kepada pelanggan lain. Sekiranya ingin lanjutkan  tempahan/booking sila maklumkan kepada kami melaui sms/whatsapp.

6. Semua URUSNIAGA dalam RINGGIT MALAYSIA. Pembayaran hendaklah dibuat samada melalui Mesin Deposit Tunai(CDM) atau Transfer Online Banking atau COD. Sekiranya pembayaran lebih dibuat, baki wang akan dikembalikan semula bersama produk yang dihantar kepada anda.

Bagi urusniaga Serah Bayar/COD (Cash On Delivery), temu janji hendaklah dibuat dalam masa yang munasabah dan sesuai sebelum penghantaran diuruskan. COD hanya di sekitar daerah/bandar Batu Pahat sahaja.

Kos penghantaran tidak termasuk dalam harga produk yang dipesan kecuali jika dinyatakan sebaliknya dalam info blog jualan bagi semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan pulau-pulau sekitar di semenanjung.

7. Pelanggan hendaklah mengemukan bukti slip/resit pembayaran Mesin Deposit Tunai (CDM) atau Transfer Online/ATM melalui sms/whatsapp sebelum produk dipos/dihantar kepada pelanggan.

8. Pengeposan produk yang dipesan pelanggan akan diuruskan seperti jadual pengeposan di bawah setiap minggu. Bagaimanapun pihak kami berhak tetapi tidak tertakluk untuk mengeposnya awal pada setiap hari. Sekiranya hari AHAD/RABU pada minggu tersebut jatuh tarikh cuti umum maka pengeposan dibuat pada hari berikutnya.

JADUAL PENGEPOSAN

9. Pihak kami menggunakan Khidmat POSLAJU Malaysia. Penghantaran oleh pihak POSLAJU biasanya mengambil masa dari 1-3 hari bekerja (Semenanjung) dan 3-7 hari bekerja (Sabah/Sarawak/Pulau-pulau di Semenanjung) untuk sampai ke destinasi alamat pelanggan. Dalam keadaan tertentu kami berhak membuat pengeposan secara bungkusan(parcel) melalui POS MALAYSIA.

10. Sila pastikan NAMA, ALAMAT POS dan NO. TELEFON/HP pelanggan adalah sah dan tepat dan pastikan ada orang/wakil yang akan menerimanya. Sekiranya tiada penerima, pihak POSLAJU akan tinggalkan notis dan menyimpan produk pesanan anda di KAUNTER POS LAJU berdekatan. Anda perlu membawa notis tersebut dan menuntut produk anda di KAUNTER POSLAJU yang dinyatakan dalam notis pos. Caj perjalanan ke KAUNTER POSLAJU adalah atas tanggungan pelanggan sendiri. Biasanya tuntutan boleh dibuat pada hari esoknya. Sila Gunakan No. tracking /no. Parcel yang tertera pada notis atau No. Tracking yang kami berikan setelah produk dipos kepada anda.

11. Warna dan foto produk yang dilihat dipaparan dalam blog ini mungkin/biasanya terdapat sedikit perbezaan dari segi warna dan gambaran asal produk atas sebab pencahayaan atau paparan skrin gadjet.

12. Info dan keterangan produk dalam blog jualan ini dianggap mencukupi dan benar sepertimana yang diperolehi daripada pihak pengeluar serta ulasan berdasarkan pemerhatian kami ke atas produk.

Semua Terma & Syarat diatas adalah tertakluk kepada pindaan dan boleh berubah dari masa ke semasa tanpa dimaklumkan kepada pelanggan. Pelanggan perlu menyemak Terma dan Syarat ini dari masa ke semasa sebelum membuat pembelian.

* Apabila anda membuat transaksi pembelian dengan kami, anda telah dianggap bersetuju dengan Terma dan Syarat Pembelian Online di atas untuk segala transaksi pembelian yang diperolehi daripada blog jualan ini.


* Polisi Pemulangan Dan Penggantian Produk

Semua produk yang telah dibeli daripada kami boleh dipulangkan semula sekiranya produk yang diterima :

1) Tidak menepati/ tidak sama dengan produk yang dipesan

2) Rosak semasa tempoh penghantaran

* Kos pemulangan semula produk ditanggung oleh pelanggan.

* Kos penghantaran semula produk kepada pelanggan ditanggung oleh kami.



PRIVASI

Maklumat yang anda berikan kepada kami akan direkod bagi tujuan urusniaga dan maklumat untuk membuat pesanan semata-mata. Setiap maklumat yang diberikan tidak akan dikongsikan dengan mana-mana pihak

Pihak kami tidak akan bertindak seperti jurujual yang menghubungi dan mengganggu anda. Kami hanya akan sms/whatsapp untuk menghubungi anda sekirannya terdapat sebarang masalah ke atas pesanan anda seperti kehabisan stok atau lain-lain perkara yang berkaitan.